Thursday, March 12, 2009

Cara-cara menjadi pengguna blog yang bertanggungjawab

Pandangan saya dalam menjadi pengguna blog yang bertanggungjawab ialah untuk menggunakannya dengan cara yang betul. Kita juga perlu mengetahui apa kesan dan risiko jika tidak digunakan dengan betul. Ini kerana, jika kita didapati bersalah kerana telah melanggari syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Cara-cara untuk kita menjadi seorang pengguna blog yang bertanggungjawab ialah untuk membaca peraturan-peraturan sebelum membuka akaun blog sendiri. Jika tidak memahami peraturan tersebut, kita boleh bertanyakan orang yang handal mengendali masalah ini. Orang ini kita boleh memanggilnya ‘WebMaster’. Jika tidak, kita boleh menanyakan seorang dewasa yang lebih memahami dunia siber terutama kali dunia blog.

Keduanya ialah, apa alsan kita ingin membuka blog sendiri. Adakah kita ingin mencari kawan, meluahkan isi fikiran anda yang para pengguna blog lain dapat melihat ataupun hanya ingin melakukannya semata-mata kerana bosan dan tiada kerja lain?

Ketiga, apa yang kita tulis di dalam blog kita. Adakah ia diberi komen sebagai ‘kurang ajar’? ya, mungkin kerana isinya yang akan membuat kita didatangi masalah sehingga membuatkan blog kita ditutup. Contohnya, perkara yang ingin kita luahkan ialah topik tentang perihal agama. Kemungkinan orang yang membaca blog kita akan tersentuh dan pastinya akan melaporkan tentang blog tersebut kepada ‘WebMaster’. Siapa juga yang mencari masalah?

Keempat, topik-topik yang seharusnya tidak dibicarakan di luar, apatah lagi dalam dunia siber. Ini kerana jika topik anda menyentuhkan perihal bangsa dan agama, dalam lebih kurang beberapa saat sahaja, para pengguna blog juga akan mengetahui tentang topik tersebut. Contoh-contoh topik yang tidak seharusnya dsentuhkan ialah; bangsa, agama, isu-isu perkauman, seks, politiks dan juga perkara peribadi tersendiri. Itupun kalau ada yang mahu cari masalah, silakan.

Terakhir sekali, perkara ini amat popular dalam dunia siber iaitu, pembuli siber. Perkara ini adalah perkara serius. Ini kerana, beberapa kali terjadinya kanak-kanak mahupun yang si remaja dan dewasa telah mematikan diri. Maksudnya, mereka mengambil jalan yang muda iaitu, membunuh diri sendiri kerana tidak tertahan dengan pembulian alam siber. Ini sudah terbukti dalam negeri Barat. Pembulian siber ini bukannya perkara yang kita patut ambil ringan. Ini kerana perbuatan ini boleh memudaratkan pemikiran mereka yang dibuli sehingga mereka mengambil jalan yang mudah untuk memberhantikan penyeksaan ini.

3 comments:

Dian said...

Saya suka ulasan awak!

NURZAKIAH AZMAN said...

Penyampaian anda memang amat jelas . Saranan yang cukup baik .

suhana said...

Nabilah blog awak menarik.penyampaian yang diberi sungguh benar.Tentang pembulian siber ini bukannya perkara yang kita patut ambil ringan.